Categories
English News பொது செய்திகள்

Simpanan KWSP merupakan simpanan …Dr.Albert Jay Raj

Perdana Menteri telah membuat pengumuman bahawa berikutuan dengan krisis COVID-19, rakyat boleh membuat pengeluaran dari akaun 2 KWSP untuk menampung keperluan harian.

Saya selaku Presiden GHBM menyatakan pendirian kami menentang skim ini. Simpanan KWSP merupakan simpanan yang boleh digunakan apabila kita tidak mampu berkerja ataupun mencapai usia persaraan. Mengikut analisis pakar kewangan, kebanyakan pesara menghabiskan wang dari KWSP dalam masa kurang daripada setahun. Ini adalah kerana kebanyakan pesara terpaksa menanggung perbelanjaan anak mereka yang masih belajar, melangsaikan hutang-hutang dan perbelanjaan keperluan harian.

Ia adalah tidak praktikal untuk mengeluarkan wang dari akaun ke-2 KWSP dalam situasi sebegini, jika duit dalam akaun -2 berkurangan apabila mereka mencecah usia persaraan mereka tidak dapat menampung keperluan harian mereka.

Oleh itu saya memohon kerajaan supaya menimbang semula perkara ini. Saya percaya terdapat banyak skim yang boleh dilaksanakan bagi membantu rakyat menghadapi situasi sebegini.

Your Comments